Sentuhan kasih sayang “Banzai Rovers” bersama Sk Sandau

Sentuhan kasih sayang “Banzai Rovers” bersama Sk Sandau

Perkhemahan Unit Beruniform SK Sandau telah berlangsung pada 31 Oktober 2019 , kerjasama oleh guru-guru SK Sandau bersama pengakap kelana daerah Kinabatangan. Program berlangsung selama 3 hari 2 malam bermula pada 01 November hingga 03 November 2019. Perkhemahan ini melibatkan 4 buah Unit Beruniform iaitu Pengakap, Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) dan Persatuan Pandu Puteri Islam Malaysia (PPIM). Peserta seramai 118 orang, 28 orang guru dan 10 orang pengakap kelana dari 3 pasukan pengakap kelana yang berbeza dalam satu daerah yang sama , kelana udara dan laut telah diberikan tugas khas . Perkara ini secara tidak langsung dapat membuka peluang terhadap pasukan pengakap kelana untuk mendedahkan secara langsung kepada peserta khasnya pengakap kanak-kanak mengenai pengakap kelana. Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan ilmu pngetahuan peserta tentang perkara asas dalam perkhemahan seperti mendirikan khemah , membina gadget, dan beberapa aktiviti lain yg lebih mencabar.
Started Ended
Number of participants
156
Service hours
3744
Topics
Good Governance
Youth Programme
SDGS

Share via

Share