SEMINAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI INSTITUT PENGAJIAN TINGGI PERINGKAT KEBANGSAAN 2016
Profile picture for user Ahmadun Asyauqi_1
Malaysia

SEMINAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI INSTITUT PENGAJIAN TINGGI PERINGKAT KEBANGSAAN 2016

Seminar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di IPT peringkat kebangsaan 2016 adalah merupakan satu inisiatif program NBOS (National Blue Ocean Strategy) anjuran Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NCOSH) dengan kerjasama JKKP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (DOSH), Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri KLKM, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Universiti Malaya. Program ini dirasmikan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia dan turut dihadiri oleh Ketua Pengakap Negara dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara. Seramai 550 orang pemimpin dan ahli KLKM dari 21 universiti awam dan swasta, politeknik, KKTM dan IKTBN dari seluruh Malaysia terlibat. KLKM USM telah menghantar seramai 21 ahli Pengakap Kelana sebagai wakil untuk menghadiri seminar tersebut. Seminar tersebut juga merupakan salah satu modul yang wajib dihadiri bagi peserta 4K iaitu Kursus Pemantapan Ketua Krew anjuran Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia yang dijalankan di Kem Bina Negara Ulu Sepri, Rembau, Negeri Sembilan yang berlangsung sehingga 14 Ogos 2016
Number of participants
550
Service hours
10
Topics
Youth Programme

Share via

Share