SEMINAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI INSTITUT PENGAJIAN TINGGI PERINGKAT KEBANGSAAN 2016
Seminar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di IPT peringkat kebangsaan 2016 adalah merupakan satu inisiatif program NBOS (National Blue Ocean Strategy) anjuran Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NCOSH) dengan kerjasama JKKP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (DOSH), Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri KLKM, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Universiti Malaya. Program ini dirasmikan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia dan turut dihadiri oleh Ketua Pengakap Negara dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara. Seramai 550 orang pemimpin dan ahli KLKM dari 21 universiti awam dan swasta, politeknik, KKTM dan IKTBN dari seluruh Malaysia terlibat. Majlis yang julung kali diadakan ini telah berjaya memberi pendedahan kepada para peserta tentang kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta prospek kerjaya yang boleh diceburi dalam bidang ini. Sebanyak 4 tajuk pembentangan telah dibentangkan di sepanjang program.