SEHALWA RAMADHAN (INFAQ RAMADHAN)
Pada bulan Ramadhan 1443 Hijrah atau lebih tepat pada
15 April 2022 hingga 30 April 2022 kalendar Masihi, beberapa daerah di negeri Pulau Pinang telah dipilih untuk menerima bantuan daripada program Infaq Ramadhan atau nama khas program ini 'Sehalwa Ramadhan' sempena menyambut Aidilfitri. Program ini bertujuan membantu golongan kurang bernasib baik terutama di zaman selepas pandemik ini.
Satu pasukan ditubuhkan untuk menjayakan Program ini. Daerah-daerah yang menerima bantuan adalah Bayan Lepas, Balik Pulau dan Georgetown Selatan. Sumbangan wang tunai diberi ke akaun bank Majlis Pengakap Negeri Pulau Pinang dari 18 April 2022 hingga 26 April 2022. Sumbangan wang tunai ini digunakan untuk membeli barangan-barangan dapur seperti bihun, nasi impit dan tepung.
Dengan program ini, seramai lebih kurang 20 keluarga dapat dibantu di bulan Ramadhan dan sempena menyambut hari raya Aidilfitri era endemik ini.
Perancangan yang lebih telus dan teliti perlu diadakan supaya bertambah kuantiti daerah Pengakap dapat dibantu.