Scout World Award Discovery Zon Utara 2018
Profile picture for user nuurzulfaaqila_1
Malaysia

Scout World Award Discovery Zon Utara 2018

Seramai 88 ahli pengakap dari pelbagai daerah di seluruh Malaysia telah menyertai program ini, yang bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah. Program ini dijalankan selama tiga hari dua malam bermula pada 13 Julai 2018 hingga 15 Julai 2018. program ini bertujuan untuk mendapatkan passport SWA Malaysia. Passport ini adalah penting dan wajib dimiliki untuk membuat sesuatu projek SWA. Passport ini hanya boleh didapati setelah menghadiri SWA Discovery. Setelah mempunyai passport yang telah ditandatangai oleh Koordinator Kebangsaan, Persekutuan Pengakap Malaysia, baru lah projek SWA boleh dijalankan. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti pengenalan tentang SWA, menceritakan projek yang boleh dilakukan, melakukan khidmat masyarakat dan banyak lagi. Program ini telah dianjurkan oleh Persekutuan Pengakap Kedah dan hampir 10 orang dari kalangan ahli pengakap menjadi urusetia dan mereka telah berjaya menjalankan program SWA Discovery Zon Utara 2018 ini.
Started Ended
Number of participants
88
Service hours
24
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Youth Programme

Share via

Share