Scout of The World Award Discovery (SWD)
Sebagai penerima anugerah Scouts of The World Award (SWA), kami berhasrat untuk membantu dan membimbing ahli pengakap lain yang berminat untuk mencapaai anugerah tersebut. Oleh itu, kami mengadakan Kursus Scouts of The World Award Discovery (SWD) yang berlangsung di SMK Semambu, Kuantan.
Antara aktiviti yang disertai oleh 120 orang peserta termasuklah pengenalan kepada Messenger of Peace (MoP), pengenalan dan pendedahan tentang Sustainable Development Goals (SDGs), lawatan ke kampung-kampung sekitar Semambu untuk peserta-peserta mencari dan membentangkan idea projek yang juga merupakann latihan awal kepada mereka. Selain itu, perkongsian pengalaman oleh penerima-penerima SWA juga turut diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta berkenaan SWA.
Dengan adanya kursus ini, para peserta dapat pendedahan awal berkenaan SWA serta persediaan yang mereka perlu lakukan untuk meneruskan pembinaan projek mereka. Selain itu, mereka juga dapat belajar cara mengendali perjalanan projek dengan sistematik agar masalah yang tidak diingini dapat dielakkan serta dapat mengaplikasikan SDGs semasa dalam proses pembinaan projek mereka.
Apa yang telah saya belajar daripada melaksanakan program ini, saya dapat belajar untuk menambahbaik kemahiran dalam mengendalikan program yang melibatkan banyak penyertaan. Selain itu, sebagai ajk pendaftaran juga, saya dapat belajar menguruskan pendaftaran peserta yang ramai menepati jadual program dengan baik dan sistematik bagi mengelakkan permasalahan yang akan menjejaskan perjalanan aktiviti pada hari tersebut.