Scout of The World Award Discovery

Saya salah satu antara penerima Scout Of the World Award ingin memberikan pendedahan kepada ahli pengakap lain mengenai bagaimana ingin mencapai anugerah ini. Dengan adanya Scout of the World Award Discovery (SWD) saya berhasrat agar ahli pengakap yang terlibat dapat mencapai anugerah ini pada masa akan datang.
Scout of the World Award Discovery (SWD) berlangsung pada 7 Februari sehingga 9 Februari 2020 bertempat di Sekolah Menengah Semambu , Kuantan Pahang.Seramai 120 ahli pengakap yang terdiri daripada pengakap remaja dan kelana yang menyertai SWD ini. Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan iaitu pengenalan SDG's, pengenalan mengenai MoP dan permainan yang menguji minda.
Impak yang boleh didapati ialah mereka dapat mengetahui bagaimana ingin membuat projek bagi anugerah pengakap dunia. Selain itu, mereka juga dapat belajar dan mengetahui berkenaan SDG's dan Mop. Mereka juga dapat berkenalan sesama mereka dan dapat menjadi rakan yang erat.

Apa yang saya pelajari daripada Scout of the World Award Discovery (SWD) ini ialah saya dapat belajar bagaimana mengendalikan program. Selain itu. saya juga dapat belajar menjadi bendahari untuk program ini serta saya juga belajar menjadi urusetia program.

Started Ended
Number of participants
150
Service hours
1800
Beneficiaries
162
Location
Malaysia
Topics
Legacy BWF
Youth Engagement
Youth Programme

Share via

Share