
Satu lagi Tugas Sebagai Ketua Urusetia
Kursus Kepemimpinan Manikayu Unit Pengakap Kanak-kanak Peringakat 1, IPG Kampus Pendidikan Teknik telah dijalankan dengan melibatkan 84 orang peserta yang terdiri daripada pengakap IPG Kampus Pendidikan Teknik dan IPG Kampus Pendidikan Islam.
Dalam kursus ini, saya telah mendapat peluang dan kepercayaan untuk mejadi ketua urusetia yang membimbing dan memantau jawatankuasa kerja dalam pelaksanaan tugas untuk menjayakan program ini. Dengan ini, jumlah ajk yang dibimbing dalam perancangan dan pelaksanaan kursus ini ialah seramia 15 orang guru pelatih. Sepanjang proses perancangan, penyemakan perkembangan proses kerja telah dijalankan secara berterusan dan bimbingan dan perkongsian ilmu juga dikongsikan bersama dengan AJK yang bertugas.
Sepanjang pelaksanaan kursus, saya telah bertugas sebagai pembimbing kepada peserta, pembantu jurulatih dalam pelaksanaan slot kursus dan aktiviti serta memantau pelaksanaan setiap AJK supaya kursus dapat dijalankan dengan lancar.
Berkat kerjasama daripada semua AJK, pihak Unit Kokurikulum dan tunjuk ajar serta sokongan daripada barisan jurulaih, akhirnya saya dapat menyempurnakan tugas saya sebagai ketua urusetia dengan baik.