Rovers move to the world
Malaysia

Rovers move to the world

Pada 10 Ogos 2019, saya dan tiga orang pengakap Malaysia telah menghadiri 18th International Rover Moot di Julpo bay Mudflat Ecology Park, Buan County, Jeollabuk-do, Korea Selatan hingga 16 Ogos 2019. Saya amat gembira kerana mempunyai peluang untuk menyertai aktiviti pengakap di luar negara iaitu Korea. Tambahan pula, kali ini merupakan kali pertama saya melancong ke luar negara dan tujuan kali pertama saya pergi ke luar negara adalah disebabkan oleh aktiviti pengakap. Apabila saya mendapatkan maklumat tentang aktiviti ini, saya teringin-ingin untuk menyertai aktiviti ini tetapi saya takut kerana tiada kawan untuk menemani saya. Akhirnya, saya berjaya mengetahui kawan-kawan dari luar negeri yang juga mempunyai keinginan untuk menyertai aktiviti ini iaitu Tan, Naufal dan Husni.

          Pihak pengakap korea telah mengatur dua orang ahli pengakap menjadi pemandu pelancongan kepada kami untuk menghadiri ‘Educational Tour’ sebelum dan selepas Rover Moot sepanjang masa kami berada di Korea. Dengan adanya pemandu pelancongan, kami berpeluang untuk melancong di pelbagai tempat pelancongan yang terkenal dan pemandangan yang indah. Tambahan pula, saya dan rakan-rakan berpeluang memakai Hanbok dan menikmati makanan tradisional Korea.

            Sepanjang masa menyertai Rover Moot tersebut, aktiviti yang paling saya sukai ialah aktiviti air. Ini kerana kali ini merupakan kali pertama saya menyertai aktiviti air. Mula-mulanya, kami bertanding untuk mengorek kerang-kerang yang terdapat dalam lumpur. Kemudian, saya berpeluang untuk bermain ‘banana boat’. ‘Banana boat’ ini amat mencabar dan seronok. Selain itu, saya dan rakan-rakan menjadikan Naufal sebagai tanah istana. Secara ringkas, hari tersebut merupakan hari yang paling seronok bagi saya dan saya mempunyai keinginan untuk bermain permainan air tersebut lagi.

Bagi saya, perkara yang paling pahit ialah menikmati makanan yang luar biasa dengan makanan Malaysia. Saya memang tidak dapat menyesuaikan diri dengan makanan-makanan Korea yang tertentu. Dengan ini, saya hanya makan sedikit sahaja kerana rasa makanan tersebut memang pelik bagi saya. Maka, saya mudah lapar pada lewat malam sehingga selalu pergi membeli cawan maggi untuk makan. Walau bagaimanapun, masih terdapat makanan-makanan Korea yang saya sukai seperti Kimchi, Tteokbokki, Ramen dan sebagainya.

            Pada pandangan saya, penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi menjamin program yang lebih baik ialah cara pihak penganjur menyebarkan info aktiviti. Pihak penganjur tidak patut menyebarkan info hanya menggunakan bahasa Korea, sebaliknya patut menggunakan bahasa antarabangsa. Selain itu, pihak penganjur perlulah menitikberatkan tentang jenis makanan yang boleh dan tidak boleh dimakan oleh ahli-ahli pengakap.

                  Secara keseluruhannya, kekuatan bagi program ini ialah aktiviti yang dirancang amat menarik. Masa untuk menjalankan setiap aktiviti tidak terlalu ketat, jadi kita mempunyai masa yang secukupnya untuk berehat sebelum memulakan aktiviti yang seterusnya. Kelemahan ialah cara penyebaran info perlulah menitikberatkan ahli-ahli pengakap yang datang dari luar negara.

            Pengajaran yang dapat dipelajari daripada program ini ialah perlu membawa makanan kering bagi mengalas perut sekiranya lapar. Kemudian, saya sedar bahawa rancangan adalah amat penting terutamanya pergi ke luar negara. Ini kerana saya dan rakan-rakan mudah kehilangan hala tuju tanpa rancangan sehingga selalu jalan-jalan tanpa mempunyai destinasi. Rancangan membawa wang juga penting kerana amat sukar apabila kekurangan wang seperti dikehendaki meminjam wang daripada rakan, tidak dapat membeli barang yang dikehendaki dan sebagainya.

            Sebagai kesimpulan, saya berpuas hati dengan Program Rover Moot ini. Ini kerana program ini telah memberi banyak kenangan dan pengalaman pertama kepada saya. Saya turut dapat mengenali rakan-rakan daripada beberapa buah negara yang suka aktiviti pengakap sama dengan saya. Saya mendapatkan lencana, skaf dan topi  daripada rakan-rakan dari luar negara.

            Maka, saya berhasrat untuk menyertai aktiviti pengakap di negara lain lagi. Bagi saya, aktiviti pengakap merupakan aktiviti yang tidak boleh dipadamkan dalam kehidupan saya. Aktiviti-aktiviti pengakap membolehkan saya semakin gembira, seronok dan menikmati kehidupan.

Started Ended
Number of participants
415
Service hours
17430
Location
Republic of Korea
Topics
Personal safety
Youth Programme

Share via

Share