
RELA DIPIMPIN UNTUK MEMIMPIN
Seramai 15 orang ahli Pengakap dari Kumpulan Pengakap Ke-88 (Terbuka) Kuala Terengganu telah menyertai dengan jayanya Kem Kepimpinan Pengakap K88 2018 bertempat di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Kuala Nerus. Mereka terdiri daripada ahli Pengakap Remaja dan Kelana. Kem ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam bermula 18 Ogos hingga 20 Ogos 2018.
Program ini merupakan antara inisiatif yang diambil oleh pihak pengurusan Pengakap K88 untuk melatih ahli kumpulan dalam melahirkan pemimpin yang mempunyai kemahiran dalam kepimpinan. Antara pengisian program yang telah diadakan termasuklan "ice-breaking", pembentangan, pengucapan awam, masakan rimba dan sebagainya. Mereka juga menjalankan aktiviti ekstrem seperti abseiling dan obstacle. Semua peserta berpuas hati dengan pengisian program yang dijalankann. Walaupun penat, para peserta tetap menunjukkan kesungguhan dan komitmen yang tinggi sepanjang program berlangsung. Urusetia dan fasilitator juga amat mesra dengan para peserta. Sepanjang program, peserta juga dibahagikan kumpulan. Hasil daripada program ini mampu mengeratkan hubungan silaturahim antara sama lain. Para peserta juga menunjukkan impak yang positif hasil daripada program yang disertai dengan pengisian yang berkesan kepada para peserta dalam melahirkan pemimpin yang mempunyai daya ketahanan dari segi mental dan fizikal.
Majlis penutup Kem Kepimpinan Pengakap K88 dirasmikan oleh Tuan Haji Othman bin Ismail, Pemimpin Kumpulan Pengakap Ke-88 (Terbuka) Kuala Terengganu. Beliau berharap peserta kem ini teruskan semangat perjuangan dalam mempertahankan bangsa dan agama serta menjadi pelapis pemimpin hebat di masa depan.