Malaysia

Projek Masyarakat untuk Rambu Pengakap Kelana 2020

Anugerah BP merupakan satu pencapaian yang tertinggi bagi pengakap Kelana di Malaysia. Pelbagai projek dan perkihdmatan komuniti perlu dilaksanakan demi membentuk insan yang berguna pada masa akan datang. Sebagai pemimpin, saya sentiasa mengadakan program dan latihan kepada ahli-ahli pengakap kelana agar bermanfaat daripada teknik hidup yang penting.
Projek ini dilaksanakan selama 3 hari 2 malam di negeri melaka. Beberapa lokasi telah dipilih untuk perkhidmatan masyarakat dilaksanakan seperti kitar semula bahan buangan, pembersihan kawasan bandar serta meningkatkan kesedaran orang umum terhadap pertukaran iklim. Semua pengakap kelana yang terlibat diberikan taklimat sebelum melaksanakan projek kecil terhadap sasaran lapisan masyarakat. Sehingga semua projek berjaya dilaksanakan, lencana dan rambu kelana diberikan.
Untuk maysarakat tempatan, kesedaran terhadap perubahan iklim disampaikan agar semua rakyat dapat memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah iklim ini. Kebersihan tempat awam juga pening supaya penduduk faham dan melakukan perubahan dalam kehidupan harian demi menjaga kebersihan secara bersama. Untuk Kelana, mereka dapat mempelajari tentang kepentingan alam sekitar dan berasa bangga demi membantu masyarakat tempatan.
Projek-project yang dilaksanakan selama3 hari 2 malam ini memang bermanfaat kepada semua masyarakat tempatan dan pengakap kelana. Nilai-nilai murni dapat disampaikan dan diwujudkan untuk semua orang. sebagai pengakap, kita juga 'messengers of Peace' dan idola kepada orang lain demi keamanan dan kesejahteraan negara. Projek-projek ini perlu dilaksanaan setiap tahun agar meningkatkan kesedaran semua tentang kepentingan alam sekitar
Started Ended
Number of participants
33
Service hours
594
Beneficiaries
33
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme
Leadership
Initiatives
Skills for Life

Share via

Share