Malaysia

Projek Cintai Alam Sekitar: Program Kembara 2021

Aktiviti Kembara dalam Perkhemahan Unit Beruniform 2021 ini dapat mengeratkan silaturahim antara siswa siswi pengakap di IPGKTI. Kami juga mengaplikasikan literasi komputer di dalam program ini untuk menjadi bukti ahli pengakap IPGKTI sering mengikuti peredaran zaman teknologi kini. Bukan itu sahaja, pengajaran tentang alam sekitar dapat dilakukan dengan menarik sambil mengikuti trend terkini walaupun dilakukan secara maya.
Pada 2 September 2021, seramai 105 ahli pengakap IPGKTI KLM1 beramai-ramai mengikuti program Kembara secara dalam talian. Program Kembara ini disampaikan oleh Puan Halidah Binti Mohd Jedi yang mengajar para pengakap IPGKTI perkara-perkara serta kemahiran yang perlu ahli pengakap ketahui dalam topik kembara supaya kami dapat mengaplikasikan pengetahuan tersebut untuk membimbing generasi baharu bagi persatuan pengakap di sekolah-sekolah.
Program Kembara ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahiran asas tentang kembara. Pendedahan seperti ini amat penting dalam pembentukan dan persediaan ahli pengakap IPGKTI ke arah menjadi guru cemerlang yang boleh membimbing generasi baharu tentang persatuan pengakap.
Setelah menyertai program Kembara ini secara segerak dan tidak segerak, saya dapat memupuk perasaan cinta saya akan alam sekitar. Secara tidak langsung saya belajar untuk lebih menghargai alam sekitar yang terdapat di sekeliling saya walaupun kita berada dalam situasi pandemik yang menghadkan pergerakan kita. Program ini berjaya membuka minda dan mata ahli pengakap IPGKTI untuk melihat dan menikmati keindahan alam dalam situasi yang penuh dengan cabaran ini.
Started Ended
Number of participants
105
Service hours
1890
Beneficiaries
1
Location
Malaysia
Topics
Nature and Biodiversity
SDGS
Initiatives
Environment and Sustainability

Share via

Share