PROGRAM XC.FIT.MT.KINABALU.17

PROGRAM XC.FIT.MT.KINABALU.17

Ekspedisi suatu pengembaraan yang sering kita dengar berkaitan aktiviti yang lasak untuk para belia. Ianya juga suatu perjalanan yang mempunyai tujuan dengan menempuh berbaga-bagai cabaran dan rintangan. Eksplorasi pula adalah suatu penerokaan baru bagi menimba ilmu dan pengalaman yang belum pernah ditempuhi atau mungkin bagi menambah pengalaman yang lebih mencabar dari yang biasa sebelum ini. ‘Cuci’ ini diistilahkan kepada membersihkan alam sekitar daripada pembuangan sampah sarap yang telah ditinggalkan oleh pelancong dan pengembara. Di samping ini juga secara tidak langsung mewujudkan kesukarelaan terhadap aktiviti pemeliharaan alam sekitar. Maka program ini diberi nama XC.FIT.MT.KINABALU.17 dengan merujuk kepada “X”adalah Ekspedisi & Eksplorasi, “C” adalah Cuci dan “FIT” atau fitness adalah Kecergasan. Oleh yang demikian, setiap belia perlu diberi peluang dalam mencuba aktiviti sebegini bagi mencapai sesuatu impian bagi memacakkan bendera Negeri KLKM di puncak Gunung Kinabalu dan ianya adalah khazanah warisan negara serta secara tidak langsung adalah puncak tertinggi di Asia Tenggara yang perlu dibanggakan terutama bagi warga Negeri KLKM. Selain itu secara tidak langsung latihan dan panduan dari segi kepimpinan kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara serta daya juang jatidiri yang hebat sebagaimana dikehendaki oleh semua pemimpin di dunia ini. Lantaran itu ianya juga ia adalah visi dan misi kami untuk melahirkan lebih ramai belia yang mepunyai kepimpinan yang berkesan dan jatidiri yang tinggi serta penggerak kepada kesukarelawan, kemasyarakatan, kebudayaan dan semangat warisan di kalangan belia yang cergas dan cerdas.
Started Ended
Number of participants
9
Service hours
360
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme

Share via

Share