Program Vigil Online Peringkat Daerah LMS

Program Vigil Online Peringkat Daerah LMS

Pada 28 mac 2021, berlangsung Vigil Online anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Larut Matang Dan Selama (Unit Pengakap Kelana). Program ini dilaksanakan melalui pautan Google Meet, yang dihadiri lebih kurang 25 orang ahli pengakap termasuklah peserta vigil, Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak Cik Lim Yiet Im, Pesuruhjaya Daerah Kinta Utara dan Penolong-Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kinta Utara dan Daerah Larut Matang Dan Selama (LMS).

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk melantik ahli pengakap kelana yang baharu menerusi upacara vigil secara atas talian. Penerangan tentang pengenalan pengakap kelana, aktiviti-aktiviti yang dijalankan serta anugerah yang boleh diperolehi sepanjang dalam unit pengakap kelana telah disampaikan oleh Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah LMS Unit kelana, Puan Saliza Binti Hussin. Program berakhir kira-kira jam 1 pagi. 

Number of participants
25
Service hours
150
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Youth Programme
Youth Engagement
Legacy BWF
Communications and Scouting Profile

Share via

Share