Profile picture for user julie kristy a/p ng kee choo_1
Malaysia

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA MURID ASLI SK LENJANG

Antara perkara yang menginspirasikan kami untuk melaksanakan program ini adalah untuk membina hubungan yang baik dengan masyarakat orang asli setempat, di samping memberikan motivasi kepada murid orang asli. Hal ini kerana, pendidikan merupakan perkara yang penting dalam mengubah nasib sesuatu bangsa. Oleh itu, kesedaran tentang pentingnya pendidikan adalah amat diperlukan khususnya kepada murid asli.
Program Transformasi Minda Murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan Lenjang merupakan satu program anjuran Pembimbing Rakan Siswa Pendidik (PRSd) Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan yang telah dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Lenjang yang terletak jauh di pendalaman. Program ini dilaksanakan selama empat hari dan antara aktiviti yang telah dilaksanakan adalah sukaneka, pengagihan pakaian, ziarah cakna dan temu bual guru.
Impak daripada projek ini mendapati murid orang asli di SK Lenjang semakin mesra dengan kami walaupun pada permulaannya agak malu. Rata-rata daripada mereka juga telah berjanji untuk belajar bersungguh-sungguh kerana telah terinspirasi dengan beberapa orang guru pelatih orang asli yang turut serta dalam program ini.
Dalam program ini saya telah belajar tentang erti kesyukuran sebuah nikmat yang diperolehi. Hal ini kerana, kesungguhan murid orang asli yang sanggup tinggal di asrama seawal usia 7 tahun telah menarik perhatian saya tentang semangat mereka. Saya yakin bahawa program sebegini perlu dilakukan dengan lebih kerap supaya dapat membentuk motivasi belajar dalam kalangan murid orang asli.
Started Ended
Number of participants
15
Service hours
240
Beneficiaries
41
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme
Partnerships
Growth

Share via

Share