Program Skim Latihan Lencana Kemahiran Pengakap Kelana Daerah Hulu Selangor
Profile picture for user The King’s Scout Brotherhood of Malaysia_1
Malaysia

Program Skim Latihan Lencana Kemahiran Pengakap Kelana Daerah Hulu Selangor

15 orang Pengakap Raja dari merata daerah dalam Negeri Selangor telah bersama dengan 40 orang Pengakap Kelana turut serta dalam Program Skim Latihan Lencana Kemahiran Pengakap Kelana Daerah Hulu Selangor di Sungai Kedondong, Batang Kali, Hulu Selangor pada 21 Februari 2020 hingga 23 Februari 20.

Program Skim Latihan Lencana Kemahiran Pengakap Kelana ini telah berjalan dengan jayanya memenuhi Skim Latihan yang disyaratkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia.

Program ini dianjurkan oleh Majlis  Pengakap Kelana Daerah Hulu Selangor.

Menurut Kem Komandan Cik Nur Aina Aqilah, tujuan diadakan program seperti ini adalah untuk melengkapkan lencana Kemahiran Pengakap Kelana dan sebagai persediaan kemahiran untuk ke Ujian Penilaian Baden Powell. Projek-projek yang dijalankan merangkumi salah satu simulasi semasa Penilaian.

Beliau menyatakan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak terutamanya dari kalangan Pengakap Pengakap Raja yang menyertai program dan meneruskan kesinambungan kepengakapan melalui Pengakap Kelana dan Pesaudaraan Pengakap Raja Malaysia.

Started Ended
Number of participants
55
Service hours
990
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Youth Programme

Share via

Share