Program Sambutan Hari Pengasas Pengakap Peringkat Negeri Johor

Program Sambutan Hari Pengasas Pengakap Peringkat Negeri Johor

Program ini diadakan pada setiap tahun bagi memperingati Pengasas Pengakap yang menubuhkan Boy Scout pada suatu masa dahulu. Banyak aktiviti yang dijalankan antaranya pertandingan roket air dan seni kolaj (PKK), pertandingan kraftangan dan kostum ala Baden Powell I(Pend Khas), Masakan Rimba dan Gajet Tripod (PM/PR) serta pertandingan yang sangat mencuit tumpuan dan penyertaan teramai adalah Kostum Lencana Koleksi yang mempamerkan koleksi-koleksi lencana pada kostum yang direka dan dipakai sendiri.

Disamping itu juga, ada beberapa aktiviti stesen terbuka seperti flying fox, memanah, membaca kompas, permainan tradisional. Penganjur juga menyediakan gerai-gerai jualan makanan dan cenderahati untuk kemudahan pengunjung.

Majlis di akhiri dengan Perasmian penutup oleh Tn Hj Yaacob B A Karim selepas majlis Penyampaian Anugerah Pingat JDT kepada beberapa pemimpin pengakap. 

Number of participants
800
Service hours
4800
Location
Malaysia
Topics
Personal safety

Share via

Share