
Program Perkhemahan Unit Beruniform IPGKTI 2021
Pembangunan peribadi dapat dipupuk dalam kalangan pelajar melalui perkhemahan unit beruniform.Antara pembangunan peribadi yang dapat dipupuk ialah berinteraksi dengan orang lain, menepati masa dan bekerjasama antara satu sama lain. Dalam program perkhemahan atas talian ini masih membolehkan pelajar terlibat dalam beberapa aktiviti walaupun perkhemahan sebenar tidak dapat dilaksanakan kerana Pandemik Covid-19.
Program perkhemahan unit beruniform IPG Kampus Temenggong Ibrahim bagi pelajar 3 PISMP ambilan Jun 2020 telah dilaksanakan pada 2 hingga 5 September 2021. Program ini disertai oleh 105 orang pelajar dengan menggunakan Microsoft Teams disebabkan pandemik Covid-19. Walaupun program ini dijalankan atas talian, ianya masih dapat dijalankan dengan lancar serta memberi manfaat kepada para peserta.
Impaknya dengan mengadakan program perkhemahan ini adalah dapat mendidik pelajar supaya menjaga serta menghargai alam sekitar. Hal ini demikian kerana aktiviti persembahan yang diadakan adalah bertemakan alam sekitar.
Dalam program ini, saya dapat memupuk semangat bekerjasama dengan ahli-ahli kumpulan saya dan saling membantu untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Walaupun dalam Pandemik Covid-19, namun program perkhemahan unit beruniform ini masih dapat dilaksanakan dan saya dapat mempelajari faedah pengajaran dalam talian.