Program Outreach Bimbingan dan Kaunseling
Inspirasi bagi menjalankan program ini ialah untuk memberikan pengalaman kepada para peserta tentang pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah rendah secara komprehensif
Program ini dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8(1) dan Putrajaya Presint 9(1). Para peserta diberikan pendedahan tentang sistem pengurusan fail, pelaksanaan program bimbingan dan kaunseling secara tahunan dan bilik kaunseling. Setelah itu, para peserta diminta menjalankan aktiviti bimbingan kelompok bersama murid-murid di sekolah tersebut
Melalui program ini, para peserta dapat menguasai pengetahuan, kemahiran dan memperolehi pengalaman autentik tentang pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah rendah secara komprehensif. Peserta bukan sahaja dapat menganalisa perancangan dan strategi pelaksanaan pelbagai aktiviti bimbingan di sekolah malahan dapat mengembangkan kemahiran melalui aktiviti kelompok yang diadakan bersama murid-murid di dua buah sekolah tersebut.
Dapat mengetahui cara mengendalikan bimbingan kelompok bersama murid-murid khususnya di sekolah bandar. Seterusnya, saya dapat mempelajari cara pelaksanaan sebenar perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di samping dapat membina hubungan yang mesra bersama murid-murid di dua buah sekoalh tersebut