Program Kursus Asas Pertolongan Cemas
Profile picture for user Ng Chia Hau_1
Malaysia

Program Kursus Asas Pertolongan Cemas

Aktiviti: PROGRAM KURSUS ASAS PERTOLONGAN CEMAS

Tarikh: 21 December 2019

Lokasi: Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Krian

Pengenalan: Program Asas Pertolongan Cemas telah dianjurkan dengan kerjasama pihak St John Ambulans untuk meningkatkan kesedaran murid-murid tentang kepentingan pertolongan cemas khususnya pada waktu kecemasan. Pihak urus setia telah menjemput En. Voon Yeow Hong dari St John Ambulans sebagai penceramah program ini. Program ini juga bertujuan untuk mendedahkan cara untuk memberikan bantuan kecemasan kepada mangsa pada peringkat awal kepada ahli pengakap.

Program Asas Pertolongan Cemas telah dianjurkan pada 21 Disember 2019 di Dewan Besar SMJK Krian. Program tersebut dimulakan pada pukul 7 pagi sehingga pukul 6 petang. Seramai 38 orang ahli pengakap dari SMJK Krian turut menyertai program tersebut. Sepanjang program ini dijalankan, pegawai dari St John Ambulans telah mengongsikan beberapa jenis cara pertolongan cemas, iaitu:

1. Latihan asas pertolongan cemas seperti mencuci & membalut luka, dan memberikan pertolongan cemas kepada mangsa renjatan elektrik.

2. Cara untuk membuat pelbagai jenis balutan termasuk anduh tangan, anduh lengan, anduh kepala, dan sebagainya.

3. Cara untuk memindah mangsa ke tempat lain dengan menggunakan usungan ataupun angkut dengan orang.

3. Teknik pemulihan pernafasan (CPR) dengan bantuan AED Machine (Automated External Defibrillator) mempunyai fungsi sebagai alat yang digunakan untuk menyelamatkan pesakit yang diserang sakit jantung secara-tiba-tiba di tempat awam.

Sebelum menyertai program ini, para peserta masih tidak mempunyai kesedaran tentang kepentingan pertolongan cemas dan tidak mengetahui cara yang betul untuk melakukan pertolongan cemas terhadap mangsa semasa kecemasan berlaku. Program ini bukan sahaja dapat meningkatkan kesedaran mereka tentang kepentingan pertolongan cemas, malah juga dapat memberikan pendedahan kepada peserta tentang tindakan yang harus dilakukan ketika menghadapi sesuatu kecemasan. Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya mencapai tujuan dan objektif yang telah ditetapkan.

Kemahiran asas pertolongan cemas amat penting kepada semua masyarakat kerana pertolongan cemas dapat berfungsi sebagi satu sokongan awal kapada mangsa samasa kecemasan. Jika semua lapisan masayarakat dapat mengaplikasikan cara pertolongan cemas dagan betul, maka kita bukan sahaj dapat meringankan kesengsaraan mangsa, malah juga dapat menyelamatkan nyawa mangsa yang berharga sebelum pegawai perubatan tiba.

Sekian terima kasih.

 

Laporan disediakan oleh,

NG CHIA HAU

Pasukan Latihan Daerah Kerian

Started Ended
Number of participants
38
Service hours
304
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme
Personal safety
Youth Engagement
Legacy BWF

Share via

Share