PROGRAM JOM BANTU ASNAF DI BULAN RAMADHAN OLEH PENGAKAP KELANA MAS

PROGRAM JOM BANTU ASNAF DI BULAN RAMADHAN OLEH PENGAKAP KELANA MAS

Program Jom Bantu Asnaf di Bulan Ramadhan oleh Pengakap Kelana Mas di adakan di sekitar daerah Pasir Mas, Kelantan Malaysia.

Program ini disertai oleh 16 orang ahli Pengakap Kelana Mas yang diketuai oleh Hulaimi Mat Salleh dan dibantu oleh Mejar Rihesham Din. Istimewanya juga kerana program ini telah disertai oleh Pesuruhjaya Pengakap Daerah Pasir Mas, Che Mazlan Che Hamid dan juga Mohd Zulkiefli Sulaiman selaku Pengerusi Latihan Negeri. Para peserta yang lain adalah ahli baharu pengakap Kelana Mas yang didedahkan dengan kerja-kerja kesukarelwanan dan ianya berkait rapat dengan Persetiaan Pengakap iaitu Menolong Orang pada Setiap Masa. 

Sebanyak sembilan rumah berjaya dilawati di sekitar Kampung Kasar, Kampung Tong, Kampung Lati, Kampung Paloh dan Kampung Bukit Jering di dalam Daerah Pasir Mas, Kelantan.

Program ini adalah merupakan program Fasa Pertama daripada 2 Fasa yang akan dilaksanakan semasa Bulan Ramadhan ini bagi membantu golongan Asnaf dalam menempuhi ibadat Puasa dan merpersediakan diri mereka untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma pada bulan Jun nanti.

Melalui program ini juga, mereka telah mengenalpasti Warga Emas yang memerlukan bantuan iaitu makcik Wan Rokiah binti Wan Hamid dari Kampung Banggol Jering, Lati Pasir Mas apabila mereka sampai di sebuah pondok kecil di dalam kebun getah yang agak jauh dari rumah penduduk2 kampung yang lain. Warga Emas ini berumur sekitar 82 tahun mempunyai masalah pendengaran dan masalah penglihatan. Beliau juga hidup sebatang kara dan tidak terurus. Apabila dihulurkan bantuan, rupanya  beliau telah mngalami sakit perut selama 3 hari. Dan alhamdulillah, selepas ahli Kelana Mas menghubungi pihak Hospotal Lati, Pasir Mas beliau mendapat rawatan dan diwadkan di dalam hospital tersebut.

Number of participants
16
Service hours
4
Topics
Personal safety
Youth Engagement

Share via

Share