PROGRAM JOHOR ROVERS VIRTUAL VIRGIN 2021

Pada awalnya, saya kurang berminat mengenai aktiviti kepengakapan. Namun, setelah saya menjadi ahli pengakap, saya lihat banyak perkara yang dapat dipelajari sama ada dalam berkaitan pendidikan mahupun pengalaman. Oleh itu, saya menyertainya untuk dijadikan sebagai satu cabaran untuk saya di samping menonjolkan minat saya dalam aktiviti pengembaraan untuk menambahkan pengalaman .
Program ini dilaksanakan secara maya disebabkan halangan pandemik Covid-19 yang telah melanda di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, program ini tetap dijalankan seperti menghadiri program yang sebenar.
Hasil yang dapat diperoleh oleh para peserta adalah para peserta dapat mengetahui kepengakapan dengan lebih mendalam,menanamkan semangat untuk meneruskan minat dalam menceburi unit Pengakap Malaysia serta memperoleh banyak penghargaan. Kesimpulannya, Program Vigil ini sangat memberi manfaat untuk ahli-ahli pengakap dan juga kepada mereka yang minat dalam kepengakapan ini. Walaupun program ini terpaksa dilakukan secara maya atau atas talian, namun impak yang dapat diperoleh sangat memuaskan.
Antara perkara-perkara yang terkandung dalam Program Vigil tersebut adalah mengenali sejarah pengakap dunia dan sejarah pengakap Malaysia, memahami persetiaan pengakap, undang-undang pengakap yang telah termaktub, lagu pengakap, ikatan dan simpulan yang ada dalam dunia kepengakapan dan lencana-lencana yang boleh diperolehi oleh para peserta setelah mereka menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pengakap Persekutuan Malaysia.
Started Ended
Number of participants
1
Service hours
12
Beneficiaries
1
Location
Malaysia
Topics
Youth Engagement
Youth Programme
Leadership
Initiatives
Skills for Life

Share via

Share