PROGRAM GABUNGAN PENGUJIAN LENCANA DAERAH KULIM

Program ini adalah program gabungan pengujian lencana iaitu Kem Ujian Lencana Keris Perak dan Keris Emas Pengakap Kanak-kanak, Kem Ujian Lencana Usaha Pengakap Muda dan Kem Lencana Kegiatan Pengakap Remaja. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang aspek kepengakapan dengan lebih mendalam dan menguji ahli pengakap yang terlibat bagi melengkapkan semua lencana untuk memperoleh Anugerah Rambu.
Sebuah program pengujian lencana pengakap telah diadakan selama 3 hari 2 malam bermula 27 Jun 2019 sehingga 29 Jun 2019 yang bertempat di Sekolah Kebangsaan Sri Kulim. Program ini telah disertai seramai 450 ahli pengakap seluruh daerah Kulim yang terdiri daripada Pengakap Kanak-kanak, Pengakap Muda dan Pengakap Remaja.
Terdapat pelbagai aktiviti telah dilaksanakan seperti kawad kaki, kawad tongkat, istiadat pagi, halangan komando, latihan mengembara, latihan pertolongan cemas dan sebagainya. Rata-rata semua peserta seronok dan amat teruja meskipun mempunyai sedikit masalah seperti terputusnya bekalan air sepanjang perkhemahan dan agak sedikit penat kerana aktiviti yang begitu padat.
Program ini telah dianjurkan dengan kerjasama Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kulim dan turut dibantu oleh Krew Pengakap Kelana A Daerah Kulim. Beberapa ahli Krew Pengakap Kelana A Daerah Kulim turun padang turut mengendalikan dan memberikan perkhidmatan yang terbaik serta berkongsi kemahiran dan ilmu kepengakapan kepada semua peserta. Program ini turut dilakukan secara teori dan praktikal supaya dapat memberikan kefahaman dan penghayatan kepada semua ahli pengakap yang menyertainya.
Started Ended
Number of participants
450
Service hours
36
Location
Malaysia
Topics
Leadership
Youth Engagement
Peacebuilding
Initiatives
Peace and Community Engagement
Skills for Life

Share via

Share