Program Bubur Lambuk
Profile picture for user Hanafie Hamadon_1
Malaysia

Program Bubur Lambuk

Pada 10 Jun 2017 yang lalu, Jawatankuasa Surau SNP dengan kerjasama Pengakap Kawasan Zon 1 Sandakan telah menyediakan bubur lambuk. Bahan mentah untuk penyediaan bubur lambuk ini adalah daripada hasil sumbangan dan sedekah masyarakat sekitar Sandakan. Proses memasak bubur lambuk telah dijalankan oleh pemimpin dan pengakap kelana di Surau Scouts Nature Park Sandakan sejak pukul 7.00 pagi. Dua periuk bubur lambuk telah siap dimasak pada pukul 12.00 petang. Proses membungkus bubur lambuk dijalankan selepas Solat Zohor. Selepas Solat Asar, sebanyak 300 bungkus bubur lambuk telah diedarkan di sekitar Bandar Sandakan, Stesen Minyak Karamunting dan PPRT Taman Murni. Program ini telah berjaya mengeratkan hubungan ahli pengakap dengan masyarakat sekitar. Selain itu, program ini telah berjaya memupuk sifat dermawan dan empati di kalangan pengakap. 

Number of participants
50
Service hours
400
Location
Malaysia
Topics
Legacy BWF
Partnerships
Youth Programme

Share via

Share