PPM KLM 17 menang anugerah Emas Pertandingan Inovasi
Profile picture for user Zali Abdul Rahman_1
Malaysia

PPM KLM 17 menang anugerah Emas Pertandingan Inovasi

Pengakap IPG Kampus Temenggong Ibrahim atau singkatannya PPM KLM 17 telah memenangi anugerah EMAS bagi Pertandingan Inovasi Pengajaran Abad Ke-21 sempena Karnival Kepimpinan Pengakap yang dianjurkan bertempat di IPG Kampus Bahasa Antarabangsa baru-baru ini. Dalam Pertandingan tersebut, PPM KLM 17 telah menghantar dua penyertaan. Inovasi pertama yang bertajuk SIMKAT UB GAMES KIT, telah memenangi anugerah EMAS. Manakala, projek inovasi kedua yang bertajuk MINI-PIONEERING KIT telah memenangi anugerah PERAK. Dalam pertandingan tersebut, sebanyak 16 penyertaan telah dipamerkan dan satu anugerah emas, tiga anugerah perak, 10 anugerah gangsa telah diberikan kepada para peserta. TAHNIAH Diucapkan. Karnival tersebut telah disertai seramai 118 guru pelatih dan 31 jurulatih dalam kalangan pensyarah IPGM.
Started Ended
Number of participants
149
Service hours
24
Topics
Personal safety
Youth Programme

Share via

Share