
PPKI Mengeksplorasi Alam
Program Ekplorasi Alam Sekitar pada 4 April - 6 April 2017 bertempat di Tali Air 2 Ban 3, Sungai Burong. Program kecil ini hanya melibatkan peserta seramai 39 orang pelajar sekolah menengah kelas khas dari SMK Kelana Jaya yang mengalami masalah pembelajaran, autism dan sindrom down. Program ini turut dibantu oleh guru-guru dari sekolah itu sendiri.
Sewaktu mendapat tugasan ini, bagi saya ia merupakan tugasan yang berat kerana melibatkan pelajar kelas khas dan bukannya kelas perdana. Tapi saya anggap ianya sebagai cabaran dan pengalaman baru. Tapi segala tanggapan saya itu jauh meleset kerana tugasan itu tidaklah sesukar mana pun. Mudah menguruskan mereka. Malah lebih seronok dengan telatah mereka. Segelintir daripada mereka teramat ramah. Suka bercerita tentang pelbagai perkara. Banyak benda baru saya belajar dari mereka.
Kini, telatah mereka amat saya rindui. Gelak tawa mereka. Segalanya. Moga saya akan dapat kesempatan begini lagi.