
PINTU GERBANG IDENTITI KONTINGEN
Seramai 8 orang ahli Pengakap Kelana dari Daerah Kuala Terengganu telah menyumbang tenaga bagi membantu mendirikan pintu gerbang kontingen daerah Kuala Terengganu bersempena Pekhemahan Korobori Pengakap Kanak-kanak Peringkat Kebangsaan yang berlangsung pada 6-10 Julai bertempat di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Kuala Nerus. Persiapan ini memakan masa selama 3 hari kerana para kelana memulakan kerja pada petang. Hal ini kerana kami mempunyai komitmen lain untuk dijalankan pada sebelah pagi. Pintu gerbang dapat disiapkan sepenuhnya pada hari ketiga jam 4:30 pagi.
Persiapan ini bertujuan bagi pertandingan kraf perkhemahan di mana pintu gerbang merupakan antara peranan utama bagi tapak perkhemahan. Kami menggunakan buluh yang telah disediakan oleh kontingen. Dalam persiapan ini telah dipupuk semangat kerjasama antara individu bagi menyiapkan pintu gerbang dalam masa yang ditetapkan. Walaupun tidak mendapat tempat di hati pihak juri, kami berpuas hati apabila melihat hasil yang telah dibuat selama 3 hari.