
PETUGAS MESRA PESERTA RIANG GEMBIRA !! : KEMPORI PENGAKAP SEMPENA 57 TAHUN PPM HULU SELANGOR 2018
Seramai 57 orang ahli Pengakap Kelana daerah Hulu Selngor dan 3 orang daripadanya merupakan ahli Kelana K88 Kuala Terengganu telah dikerahkan secaral sukarela bagi membantu dalam menjayakan Kempori Pengakap Sempena 57 Tahun PPM Hulu Selangor bertempat di The Woods Resort, Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan. Dengan kekuatan seramai 57 orang Kelana, kami perlu mengawasi seramai 573 orang peserta kem yang terdiri daripada ahli Pengakap Kanak-kanak, Pengakap Muda dan Pengakap Remaja. Program ini telah dijalankan selama 4 hari 3 malam bermula 30 Mac - 2 April 2018.
Kempori ini bertujuan bagi meraikan ulang yang tahun ke-57 penubuhan PPM Hulu Selangor. Para peserta disediakan dengan perbagai aktiviti. Antara termasuklah aktiviti memanah, melastik, ikatan dan simpulan, pantu, origami, membuat tanglung, tarian, gotong-royong dan sebagainya. Seramai 57 orang Kelana diagihkan tugas seperti mengendalikan aktiviti, urusetia, keselamatan serta bahagian penyediaan makan dan minum, siaraya, logistik dan sebagainya. Dalam program ini juga diadakan Rovers Gathering dan Indaba yang diadakan di dewan.
Dengan kemesraan para petugas Kelana, semua peserta kelihatan gembira sepanjang kem berlangsung. Dalam Kempori ini juga dapat menyemai nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati antara satu sama lain. Tambahan pula, peserta juga terdiri daripada berlainan kaum dan agama. Dalam masa yang sama dapat memupuk semangat perpaduan dan mengeratkan hubungan silaturahim antara para peserta dan petugas tanpa mengira latar belakang. Kempori ini teah dianjurkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Hulu Selangor. Kempori ini juga telah dirasmikan dengan jayanya oleh Dato' Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan yang merupakan ADUN Batang Kali.