Pertandingan Pembinaan Gajet antara Unit Beruniform

Pertandingan Pembinaan Gajet antara Unit Beruniform

Pada 12 September 2018 yang lalu, seramai 50 orang murid dari Tahun 4 & 5 Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi Jalan 2 telah menyertai pertandingan pembinaan gajet antara unit beruniform. Pertandingan ini bertujuan untuk menguji murid dalam mempraktikkan apa yang dipelajarinya sepanjang aktiviti berpengakap di sekolah tersebut bagi tahun itu. Saya dan 2 orang guru pembimbing memantau murid membina gajet menggunakan batang kayu. Pertandingan ini bermula pada jam 2 petang dan berakhir pada jam 5 petang. Pertandingan ini dimenangi oleh kumpulan daripada unit Pengakap Kanak-kanak. Saya harap mereka akan terus mengamalkan apa yang mereka pelajari sepanjang tempoh saya berpraktikum disana.
Number of participants
50
Service hours
150
SDGS

Share via

Share