PERTANDINGAN KEMAHIRAN PENGAKAP PPM HULU LANGAT 2008
Bersempena dengan Kempori Pengakap Selangor yang bakal diadakan tidak lama lagi, PPM Daerah Hulu Langat telah mengambil inisiatif untuk mengadakan satu perkhemahan pra-kempori bagi memilih pasukan pasukan pengakap yang layak bagi mewakili Daerah Hulu Langat nanti.
Perkhemahan selama 3 hari 2 malam ini telah diadakan di Kem Pengakap Hulu Semenyih pada 2 hingga 4 Mei 2008. Pengakap 38 Hulu Langat telah diwakili oleh:
Helmi Iskandar (Ketua 6 Sekawan)
Mohd Zaarif
Hanis Abdullah
Muhamad Aiman
Fahrur Riza
Abdul Rauf
Zarul Ikmal
Syabas & tahniah diucapkan kepada Pengakap 38 Hulu Langat kerana telah berjaya memenangi 2 anugerah iaitu untuk kategori Kraftangan Terbaik & Kawad Terbaik.
Info lanjut boleh layari http://pppeeennngggaaakkkaaappp.blogspot.my