
Pertandingan Kemahiran Pengakap Daerah Kota 2020
Pada 9/2/2020, daerah Kota Melaka telah mengadakan pertandingan untuk menguji kemahiran semua calon pengakap raja dan pengakap muda lain. Dalam pertandingan ini, terdapat banyak acara yang telah ditanding iaitu masakan rimba, kawad kaki, model perintis, pengajian am dan sebagainya. Selain itu, pertandingan ini terdapat seramai 84 peserta/pengakap yang dari pelbagai sekolah seperti SMJK Yok Bin, SMK Munsyi Abdullah, SMK St Francis dan sebagainya telah bertanding dalam pelbagai acara. Pada pukul 8 malam , kita juga menjalankan anugerah rambu pengakap remaja supaya mereka layak menghadiri kem yang seterusnya.