
PERTANDINGAN KEMAHIRAN DAERAH KOTA MELAKA TAHUN 2020
Pada 9 Februari 2020, saya selaku ketua pertandingan dan pasukan ahli jawatankuasa saya telah menjalankan tugas untuk mendirikan satu pertandingan kemahiran untuk pengakap muda dan pengakap remaja yang berada di daerah Kota, Melaka. Jumlah peserta / pengakap yang telah menyertai pertandingan ini adalah seramai 112 orang yang datang dari pelbagai sekolah. antaranya adalah SMK St David , SMK St Francis , SMK Munsyi Abdullah , SMK Yok Bin dan sebagainya. Pasukan kelana daerah Kota, Melaka telah merancang untuk menjalankan pertandingan ini satu bulan sebelum pertandingan ini dijalankan supaya pertandingan tersebut boleh dijalankan dengan lancar dan meminimumkan kesalahan. Dalam pertandingan ini, terdapat 7 stesen / acara yang perlu semua pengakap menjalankan iaitu kawad kaki & tongkat , pertolongan cemas , kuiz jayadiri , model perintis , ikatan & simpulan , masakan rimba dan peta topo. Semua stesen mempunyai penguji serta pengakap kelana yang berkemahiran dan berpengalaman untuk menguji peserta-peserta.
Dalam acara model perintis, kita dapat melihat kreativiti semua peserta supaya mereka dapat menghasilkan model perintis yang cantik dalam masa yang pendek dan singkat seperti hourglass , ten minute tower , meja makan dan lain-lain gadjet yang wujud dalam campsite. Selain itu, kita juga dapat melihat dalam acara masakan rimba , setiap pasukan / patrol telah menghasilkan hidangan yang berperisa dan wangi. Contohnya, pasukan dari SMK Munsyi Abdullah telah menghasilkan ikan panggang yang berperisa sos kicap yang terdapat cili padi dan bawang putih, hidangan tersebut mendapat markah yang amat tinggi manakala terdapat satu pasukan dari SMK St Francis dapat menyiapkan semua hidangan seperti ayam panggang , ikan panggang , telur , ubi kentang dan roti lilit yang sempurna dan sedap dalam masa yang singkat.
Seterusnya, pasukan kelana telah menyediakan 50 soalan untuk peta topo dan 20 soalan untuk kuiz jaya diri pada awalnya maka kita dapat melihat banyak pasukan / patrol dari sekolah yang berbeza dapat bekerjasama untuk menyiapkan soalan-soalan yang diberikan dengan tepat dan cepat. Dalam acara pertolongan cemas , penguji telah memberi beberapa soalan berkaitan dengan keadaan kemalangan jalan raya agar setiap patrol dapat menyelesaikan masalah dan menyelamatkan pesakit atau mangsa dengan menggunakan cara yang betul. Dalam acara kawad kaki dan tongkat , semua patrol telah diuji dengan kawad-kawad yang statistik dan asas oleh Kapten Tee Boon Pat, kebanyakan patrol dapat menjalankan acara dengan amat lancar.
Apabila semua keputusan telah dikeluarkan oleh penguji-penguji, SMK Yok Bin telah memenangi 3 acara iaitu kuiz jaya diri , model perintis dan kawad kaki & tongkat manakala SMK St David telah memenangi pertolongan cemas dan ikatan & simpulan. Selepas itu, SMK St Francis juga memenangi acara masakan rimba dan peta topo. Semantara itu, pemenang komander terbaik untuk acara kawad kaki dan tongkat adalah Cha Kai Quan dari SMK St David manakala SMK Yok Bin telah memenangi pasukan terbaik untuk pertandingan tahun 2020. Syabas dan tahniah kepada semua peserta yang telah berusaha dan mencapai keputusan yang cemerlang.
Dalam pertandingan ini, saya dan semua ahli jawatankuasa dapat melihat bahawa semua ahli pasukan atau patrol dapat bekerjasama untuk melakukan sesuatu tugas atau acara. Selain daripada itu, walaupun terdapat patrol yang kalah dan menang tetapi semua peserta dari sekolah yang berbeza juga dapat mementingkan persahabatan antara satu sama lain lebih daripada pertandingan ini, ini merupakan salah satu keadaan yang aman dan yang kita dapat melihat dan apa yang kita nak , syabas dan tahniah sekali lagi untuk kalian peserta dan ahli-ahli jawatankuasa ! Akhirnya sekali, saya amat berterima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang telah bekerjasama untuk menyedia dan menyiapkan pertandingan ini. Saya juga berharap bahawa daerah Kota , Melaka dapat menjalankan pertandingan seperti ini pada tahun yang seterusnya. Sekian, terima kasih.