Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa
Pertandingan inovasi ini bertemakan 'Kelestarian Alam Sekitar' . Projek inovasi yang telah dibuat ialah membuat 'Kit Ikatan' dengan menggunakan bahan kitar semula. 'Kit Ikatan' ini dapat memudahkan guru-guru pengakap mengajar ahli-ahli pengakap untuk mempelajari ikatan dan simpulan. Dalam pertandingan ini, kumpulan saya telah mendapat Anugerah Perak.