Persiapan Program Gotong-royong Amal Sempena Hari Keamanan Sedunia 2017
Profile picture for user Tan Kuan Tee_1
Malaysia

Persiapan Program Gotong-royong Amal Sempena Hari Keamanan Sedunia 2017

21 September merupakan Hari Keamanan Sedunia. Sebagai salah seorang ahli pengakap yang telah didedahkan tentang Messengers of Peace, saya telah memberi cadangan kepada pihak sekolah supaya menganjurkan program yang berkaitan dengan keamanan supaya pengakap kanak-kanak di sekolah didedahkan tentang keamanan dan semangat pengakap yang sentiasa berbuat baik. Dengan sokongan barisan pentadbir dan pemimpin di sekolah, akhirnya pihak sekolah bersetuju untuk menjalankan satu gotong-royong amal di Taman Rekreasi Persekutuan Tiong Hua supaya dapat menjalinkan hubungan rapat dengan pihak luar dan pada masa yang sama boleh mendapatkan sumbangan buluh yang diperlukan untuk perkhemahan yang akan datang. Dengan ini, seramai 50 orang pengakap kanak-kanak dan tiga orang guru yang terlibat dalam taklimat awal untuk mendedahkan konsep program ini kepada mereka supaya mereka mendapat gambaran tentang pelaksanaan program. Taklimat awal ini telah dijalankan selama dua jam di dewan sekolah. Semoga dengan taklimat yang jelas ini, semua ahli pengakap di sekolah mempunyai pemahaman yang lebih jelas tentang Hari Keamanan Sedunia dan Messengers of Peace dalam pengakap.
Number of participants
53
Service hours
2
Topics
Youth Programme
Personal safety
Legacy BWF

Share via

Share