
Persahabat ahli Pengakap sangat luas dengan adanya Jota Joti.
Bulan Oktober sangat sinonim dengan program Jota Joti untuk Pengakap berhubung dengan rakan-rakan Pengakap yang lain di seluruh dunia.
Bersempena dengan Jota Joti pada tahun ini. Pengakap Daerah Tawau juga tidak ketinggalan untuk sama-sama menjayakannya yang diadakan di SM Holy Trinity Tawau, seramai 280 orang pengakap terlibat dalam Jota Joti pada kali ini yang terdiri dari Pengakap Kanak-kanak, Muda, Remaja, Kelana dan Pemimpim Pengakap.
Apa yang dilihat dalam pelaksanaan Joto Joti ini sangat memberi kesan kepada semua peserta dengan aktiviti yang dilaksanakan seperti "Klik Dengan Bijak" yang memberi kesedaran tentang penggunaan internet dengan betul.