PERKHIDMATAN KEM PERKHEMAHAN BERSEPADU

Program ini bertujuan mendedahkan tentang ilmu asas perkhemahan kepada murid sekolah. Terdapat pelbagai aktiviti yang menarik seperti ikatan dan simpulan, pertolongan cemas, orienteering, isyarat sulit, makanan rimba, MoP dan banyak lagi.
Seramai 76 peserta daripada pelbagai unit beruniform SK Jalan Selama yang terdiri daripada ahli Pengakap Kanak-Kanak, ahli Pergerakan Puteri Islam Malaysia dan ahli Tunas Kadet Remaja Sekolah menyertai Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform anjuran Unit Kokurikulum SK Jalan Selama. Perkhemahan ini diadakan selama 3 hari 2 malam iaitu bermula dari 7 November 2019 sehingga 9 November 2019.
Semua peserta sangat teruja dan bersikap ingin tahu sepanjang tempoh perkhemahan. Mereka juga turut menunjukkan kesungguhan dan semangat kerjasama sesama mereka. Mereka ini sangat rajin bertanya kepada para fasilitator iaitu ahli Krew Pengakap Kelana A Daerah Kulim.
Program ini dikendalikan oleh Krew Pengakap Kelana A Daerah Kulim bersama-sama guru-guru SK Jalan Selama. Program ini disempurnakan secara teori dan fizikal agar ilmu dan mesej yang disampaikan berguna di masa akan datang.
Started Ended
Number of participants
76
Service hours
72
Location
Malaysia
Topics
Leadership
Peacebuilding
Growth
Initiatives
Peace and Community Engagement
Skills for Life

Share via

Share