
PERKHIDMATAN 24 JAM
Saya berasa gembira kerana saya diberi peluang untuk berkhidmat di sekolah menengah sebelum persekolahan bertamat. Saya telah mengecat dinding dan bangunan sekolah. Bukan itu sahaja, saya telah menukarkan pelekat SOP bagi meringankan beban pihak sekolah. Seramai 5 orang pengakap remaja telah berjaya memberi perkhidmatan walaupun sedang bercuti persekolahan.
Kami berkhidmat di kawasan sekolah. Bahan-bahan seperti cat, pelekat dan sebagainya telah disediakan oleh pihak sekolah. Kami bekerja dalam patrol supaya kerja yang diberi oleh pihak sekolah dapat dijalankan dengan berkesan tanpa membazir masa.
Selepas perkhidmatan, keindahan sekolah telah diwujudkan. Kami telah mengecat pagar supaya tidak rosak dengan mudah bagi mengelakkan pembelanjaan yang banyak untuk membaiki pagar tersebut.Pelekat yang baharu dapat dilihat oleh para pelajar dengan mudah apabila persekolahan 2022 mula nanti.