Perkhemahan Vigil Pengakap Kelana P. Timur 2019
Perkhemahan Pengenalan Pengakap Kelana dan Vigil yang diadakan adalah bagi merekrut lebih ramai ahli kelana dengan gabungan vigil dari negeri di Pantai Timur serta memberi pengenalan terhadap ahli baru tentang aktiviti kepengakapan.
Pada 15 Februari hingga 17 Februari 2019 telah berlangsungnya Perkhemahan Pengenalan Pengakap Kelana & Vigil Pantai Timur 2019 yang bertempat di di Terengganu Advanced Technical Institute University College (TATIUC). Perkhemahan ini disertai seramai 300 orang ahli pengakap termasuk peserta, pemimpin dan kelana . Antara aktivit yang diadakan sepanjang perkhemahan adalah ujian kawad kaki, masakan rimba, temuduga dan pertolongan cemas. Saya ditugaskan di stesen pertolongan cemas dan temuduga.
Impak dari projek ini, seramai 300 orang peserta berjaya melepasi ujian-ujian yang diberikan, mereka dianugerahkan epaulette kelana yang disarungkan oleh pemimpin-pemimpin pengakap wilayah pantai timur. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Tuan Haji Rosdi bin Abdul Rahman.
Hasil dari program ini, saya telah mempelajari cara-cara menguruskan dan mengendalikan program, peserta serta pengurusan majlis. Selain itu, sepanjang bertugas, banyak ilmu kepengakapan yang saya dapat serta dikongsi kepada ahli lain.