Perkhemahan ' Vigil Night ' Kali Kedua
Malaysia

Perkhemahan ' Vigil Night ' Kali Kedua

Pada 7 hingga 8 April 2017, dua orang ahli baru Pengakap Kelana A Wilayah Persekutuan Labuan telah mengadakan perkhemahan Vigil Night bertempat di Pantai UMS, Kampung Sg Pagar, WP Labuan. Dua orang ahli baru tersebut ialah saudari Khairunisa Binti Jaffri dan saudara Ahmad Zulfadzli Bin Tahamid. Perkhemahan ini turut disertai oleh dua orang ahli pengakap kelana A, iaitu saudara Mohd Fittri Bin Talib, saudara Mohd Muhajir Rafli Bin Morne serta Skip Abd. Rahman selaku pemimpin. Perkhemahan Vigil Night ini merupakan salah satu aktiviti yang wajib disertai oleh peserta yang ingin mendaftar sebagai Pengakap Kelana. Pada jam 6 petang, para peserta Vigil Night mula bekerjasama untuk mendirikan khemah masing. Sebanyak dua buah khemah telah didirikan iaitu sebuah khemah untuk peserta lelaki dan sebuah khemah untuk peserta perempuan. Setelah selesai mendirikan khemah, para peserta mengumpulkan peralatan peralatan yang diperlukan sepanjang perkhemahan di bahagia tengah lokasi perkhemahan. Setiap peserta telah diarahkan untuk membawa peralatan dan bekalan makanan yang diperlukan. Sebagai contoh, jag air, ayam, sosej, gula, ubi manis, kordial sirap, air mineral,serta ais. Seterusnya, pada jam 8.30 malam, para peserta mula membuat unggun api di lokasi perkhemahan. Kemudian, semua peserta berkumpul mengelilingi unggun api dan berkongsi cerita serta pengalaman masing-masing berkenaan pengakap sementara menunggu ketibaan pemimpin iaitu Skip Abd. Rahman. Pelbagai cerita menarik telah dikongsi seperti pengalaman ketika menyertai Jambori Antarabangsa, Hiking dan mendaki gunung Setelah Skip Abd. Rahman tiba di lokasi perkhemahan, para peserta mula menukar pakaian dengan memakai unifom yang lengkap. Tepat pada jam 1 pagi, Vigil Night pun bermula. Aktiviti dimulakan dengan mendengar taklimat dan pengenalan daripada Skip Abd. Rahman mengenai Pengakap Kelana. Pelbagai ilmu mengenai Pengakap Kelana yang telah disampaikan oleh beliau kepada saudari Khairunnisa dan Zulfadzli, antaranya ialah cogan kata pengakap kelana iaitu "Berkhidmat" kepada diri sendiri, agama, bangsa dan negara. Selain itu, kedua dua peserta telah diberikan tugasan untuk menyiapkan soalan karangan yang telah diberikan oleh Skip Abdul Rahman sebelum jam 5 pagi. Pada jam 7 pagi, 8 April 2017, Perkhemahan Vigil Night Pengakap Kelana pun berakhir. Para peserta sekali lagi berkerjasama untuk mengemas lokasi perkhemahan.Kami juga bergotong royong untuk mengutip sampah sarap disekitar lokasi perkhemahan agar sentiasa bersih seperti sediakala. Saya berharap agar lebih ramai orang luar yang akan berminat untuk menyertai pengakap Kelana agar Pergerakan Pengakap WP Labuan terus maju.
Started Ended
Number of participants
5
Service hours
13
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Youth Programme

Share via

Share