
Perkhemahan Vigil Night I
*4 Mac 2017
1. 1800 hrs - 1900 hrs
* Sampai di tapak perkhemahan, (pantai yang berdekatan dengan Sekolah Menegah Sains).
*Membersihkan kawasan tapak perkhemahan lalu mendirikan khemah wanita dan lelaki.
*Meletakkan meja kayu diantara khemah lelaki dan wanita sebagai penghadang.
Mengemas beg dengan kemas dan teratur dalam khemah masing-masing.
*Mencari kayu api dan bahan kering kering yang boleh dijadikan bahan bakar/ unggun api.
*Menyimpan dan meletakkan bahan masakan di atas meja kayu.
*Mencari kayu bersaiz sederhana ataupun sebagainya untuk dijadikan sebagai tempat duduk.
*Membentangkan kanvas di atas tanah untuk sebagai tempat duduk.
2. 2000 hrs - 2200 hrs
*Berkumpul di depan khemah wanita dalam bulatan. Kemudian, berbincang mengenai aktiviti-aktiviti yang akan dibuat oleh Kelana 'A'.
*Skip Rahman tiba dengan pakaian Uniform Pengakap yang lengkap.
*Meneruskan perbincangan, mengenai lencana-lencana yang perlu diambil oleh seorang Kelana.
*Skip Rosni tiba di tapak perkhemahan dan turut serta perbincangan.
*Memberi nasihat dan teguran mengenai persediaan untuk berkhemah.
3. 2300 hrs - 0130 hrs
*Polis peronda meronda kawasan berdekatan tapak perkhemahan.
*Skip Rahman menjelaskan tentang perkhemahan yang sedang diadakan. Kemudian, Skip Rahman dimaklumkan bahawa akan ada lagi rondaan dibuat semula.
*Menyediakan buku log kosong untuk mencatat sebarang nota penting dan tugasan.
*5 Mac 2017
4. 0230 hrs - 0430 hrs
*Skip Rahman memberikan penerangan mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Kelana dalam Pengakap. Memberikan definisi mengenai cogan kata ' Berkhidmat ' kepada ahli-ahli Kelana dengan lebih mendalam.
*Berkongsi antara satu sama lain mengenai kata-kata motivasi dan semangat. Hal ini juga kerana peranan Kelana ini amat mencabar.
*Menetapkan hala tuju dalam Kelana iaitu mendapatkan Baden-Powell Award (BPA).
*Skip Rahman memberikan dua tugasan yang perlu disiapkan dalam 2 jam :
- membuat karangan berdasarkan soalan yang diberikan iaitu ' Apakah yang akan anda lakukan tentang Kelana.
- soalan kedua ialah ' Berikan definisi "Berkhidmat"
*Sambil membuat tugasan, kami mendengar info-info yang berguna yang dibincangkan oleh Skip Rahman dan krew Kelana yang lain iaitu Mazlina (21), Riduan (25) dan Eric (28). 3 org Kelana inilah yang mengawasi kami sepanjang kami menyiapkan tugasan yang diberikan.
*Tugasan telah pun siap lalu Skip Rahman berangkat pulang.
5. 0500 hrs - 0830 hrs
*Berehat
6. 0900 hrs - 1000 hrs
*Mengemaskan tempat meja kayu, membersihkan tapak perkhemahan dan menurunkan khemah dan bersurai.