Perkhemahan Unit Beruniform SK Sandau

Perkhemahan Unit Beruniform SK Sandau

   Perkhemahan UB Sk Sandau 2019 kali ini agak berlainan sedikit kerana  turut dibantu oleh Pengakap Kelana Kinabatangan. Perkhemahan ini melibatkan 4 Unit Beruniform SK Sandau iaitu Pengakap, Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) dan Persatuan Pandu Puteri Islam Malaysia (PPIM). Seramai 118 orang peserta, 28 orang guru dan 10 orang pengakap kelana terlibat  dan jumlah keseluruhan perkhemahan kali ini ialah 156 orang.
     Perkhemahan tahunan ini sedikit menarik bagi tahun 2019. Hal ini kerana, buat kali pertamanya pihak sekolah menjemput kelana kinabatangan untuk turut serta dalam menjayakan perkhemahan ini. Yang lebih menariknya lagi, terdapat tiga pasukan kelana yg membantu dengan berlainan seragam, iaitu Banzai rovers (pengakap udara), Arkana Rovers (pengakap biasa), dan Delta rovers (pengakap laut).    Penglibatan pengakap kelana serba sedikit memberi pengalaman buat guru-guru serta peserta tentang suasana perkhemahan yang lebih baik.hal ini kerana, kelana bertugas dalam menyediakan pintu gerbang, layout khemah, mengendalikan aktiviti, mengendalikan istiadat pagi dan menurunkan bendera serta membantu dalam pengurusan pertandingan gajet, malam kebudayaan dan kawad kaki. Pengakap kelana juga turut mendapat pengalaman dalam perkhemahan ini, seperti mengendalikan program,mengawal kanak-kanak sekolah,mengendali dalam pengurusan perkhemahan dan banyak lagi, terutamanya pengakap kelana yang masih baru dalam berkelana.
   Secara keseluruhannya, penglibatan pengakap kelana dalam perkhemahan UB SK Sandau kali ini memberi impak yang positif kepada kelana itu sendiri, peserta pekhemahan mahupun para guru-guru. Melalui pelbagai ilmu dan pengalaman yang mereka dapat semasa berlangsungnya perkhemahan selama tiga hari dua malam ini. Program ini juga dapat mengeratkan lagi silaturahim antara mereka dan pengakap kelana kinabatangan juga turut dapat di kenali dengan lebih baik di SK Sandau. Semoga kerjasama dari semua pihak sentiasa terjalin.

Started Ended
Number of participants
156
Service hours
3744
Location
Malaysia
Topics
Partnerships

Share via

Share