Perkhemahan Unit Beruniform Sem 3 IPGKSAH Tahun 2017
Perkhemahan ini dijalankan di PULAKO IPGKSAH selama 4 hari 3 malam yang melibatkan seramai 106 guru pelatih Semester 3 IPGKSAH. Perkhemahan ini juga merangkumi penglibatan daripada ketiga-tiga unit beruniform, iaitu pengakap, BSMM dan KRS.
5 Sept 2017
Pada pukul 10 pg, kami berkumpul di tapak stor utama IPGKSAH untuk mengambil barang2 yang diperlukan. Selepas itu, kami berkumpul di Pulako.Aktiviti yang pertama ialah kami mendirikan khemah mengikut Unit Beruniform. Kami berkerjasama untuk mendirikan khemah. Pada pukul 4 petang, ahli pengakap berkumpul di Pejabat Pulako untuk belajar ikatan Silang Gunting dan Isyarat Alphabet Fonetik. Pada pukul 8 mlm , kami mendengar taklimat kompas Encik Roslan. Kami juga diminta memikirkan password sentri. Pada 11 mlm, kami bersurai dan menjaga malam secara bergilir-gilir.
6 Sept 2017
Pada pukul 8 am, kami berkumpul dan dibahagikan kpd 9 kumpulan kecil. Aktiviti jalan lasak dan masakan rimba dijalankan. Perjalanan kami sepanjang 22km dan kami mengambil 5 jam untuk menyelesaikannya. Setelah sampai Checkpoint, setiap kumpulan dibei 6 biji telur, nasi dan periuk untuk menjalankan aktiviti masakan rimba. Pada pukul 2ptg, kami ditugaskan untuk membuat 5 gajet setiap unit beruniform. Pada pukul 4 ptg, kami menjalani ujian simpulan. Pada pukul 8 mlm, malam kebudayaan dijalankan. Pada pukul 11pm, kami bersurai dan menjaga malam.
7 Sept 2017
Pada pukul 9 am, kami mendengar taklimat "simbol dalam hutan". Selepas itu, kami diberi arahan menrancang satu perjalanan yang ada simbol. Pada pukul 2 ptg, kami mengambil ujian amali Unit Beruniform. Pada pukul 4 ptg, kami menjalani ujian kawad kaki. Pada 9 mlm, kami menjalani ujian CPR. Selepas menerima taklimat dari En Roslan, kami bersurai.
8 Sept 2017
Selepas majlis penutupan, semua org mengambil gambar dan bersurai.