Perkhemahan Unit Beruniform Sem 3 IPGKSAH Tahun 2017
Malaysia

Perkhemahan Unit Beruniform Sem 3 IPGKSAH Tahun 2017

- Perkhemahan ini dijalankan di PULAKO IPGKSAH selama 4 hari 3 malam yang melibatkan seramai 106 guru pelatih. - Perkhemahan ini juga merangkumi penglibatan daripada ketiga-tiga unit beruniform, iaitu pengakap, BSMM dan KRS. - Pada hari pertama, kami telah mendengar taklimat lalu memasangkan khemah. Pada waktu sebelah malam, kami telah belajar tentang alphabet radio amatur selama dua jam. Kami telah belajar cara untuk menggunakan kompas. - Pada hari kedua, istiadat menaikkan bendera telah dilaksanakan. Setelah itu, kami juga melaksanakan aktiviti jalan lasak bermula pada waktu pagi lalu menjalankan aktiviti masakan rimba. Lebih-lebih lagi, pengakap dikehendaki untuk membina gajet-gajet. Contohnya, gajet rak peralatan, rak dapur, tangga dan rak kasut. Seterusnya, penilaian ikatan dan simpulan dijalankan dengan lancarnya. - Pada hari ketiga pula, pemeriksaan pagi dilaksanakan pada waktu pagi. Aktiviti jalan pandu arah juga dilaksanakan. kami diberi satu tugasan untuk membina sebuah laluan yang mempunyai maklumat tentang isyarat sulit pengakap. Seterusnya, penilaian kawad kaki dan anduhan dilaksanakan. - Saya juga perlu menjadi sentri pada waktu tengah malam selama sejam setiap malam. - Pada hari keempat pula, istiadat menurunkan bendera juga telah dijalankan dengan jayanya. Kami telah membersihkan kawasan perkhemahan. - Akhirnya, saya telah mempelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran-kemahiran yang baharu.
Started Ended
Number of participants
106
Service hours
32
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme
Personal safety

Share via

Share