Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah Kebangsaan Jaya Baru-2019

Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah Kebangsaan Jaya Baru-2019

Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah Kebangsaan Jaya Baru berlangsung pada 08 November hingga 10 November 2019 bertempat di padang sekolah SK Jaya Baru, Kinabatangan. Perkhemahan ini telah disertai seramai 86 orang peserta yang terdiri daripada 4 unit berbeza iaitu Pengakap, Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), Pasukan Puteri Islam Malaysia (PPIM) dan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS). Seramai 14 orang Pengakap Kelana Udara B Banzai Rovers telah membantu menjayakan perkhemahan ini. Menariknya, aktiviti campfire dan pintu gerbang diadakan oleh Pengakap Kelana yang dapat memberikan pengalaman baharu kepada para peserta. Semua peserta didedahkan mengenai tujuan unggun api semasa perkhemanan berlangsung.
Started Ended
Number of participants
86
Service hours
2064
Topics
Personal safety
Communications and Scouting Profile
Youth Programme

Share via

Share