PERKHEMAHAN UJIAN SIKAP PENGAKAP RAJA 2017

PERKHEMAHAN UJIAN SIKAP PENGAKAP RAJA 2017

Merancang dan menganjurkan perkhemahan Ujian Sikap Pengakap Raja Negeri Selangor 2017. Perkhemahan ini bertujuan untuk menguji tahap kemahiran Pengakap Remaja dalam usaha menjadi seorang Pengakap Raja. Dalam perkhemahan ini semua Calon akan diuji melalui ujian yang disediakan oleh Lembaga Penarafan Pengakap Raja Negeri Selangor. Modul Ujian berpandukan kepada SOP Penarafan Pengakap Raja Pasukan Latihan Negara. Di akhir perkhemahan ini Calon Ujian Sikap akan dianugerahkan Anugerah Ketua Pengakap Negara. Manakala calon yg lulus Perkhemahan Ujian Sikap ini layak ke peringkat ujian seterusnya iaitu ujian Penarafan Pengakap Raja. Perkhemahan ini disertai oleh 318 orang Ahli Pengakap Remaja Negeri Selangor.
Started Ended
Number of participants
318
Service hours
3816
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Youth Programme
SDGS

Share via

Share