PERKHEMAHAN UJIAN LENCANA USAHA SMK LABUAN 2017
LABUAN: Seramai 30 ahli dan 10 Pemimpin Pengakap dari SMK Labuan & SMK Mutiara telah berjaya mengikuti Perkhemahan Ujian Lencana Usaha yang telah dianjurkan oleh sekolah itu. Pasukan Latihan Negeri Persekutuan Pengakap Malaysia WP Labuan telah dijemput selaku penguji bagi perkhemhan ini. Perkhemahan diadakan di kawasan sekolah. Antara lain objektif kursus ini adalah untuk menjalankan ujian bagi melayakkan ahli Pengakap yang lulus untuk dianugerahkan Lencana Usaha yakni merupakan lencana kemajuan peringkat yang pertama bagi skim latihan Pengakap Muda.
Sepanjang tiga hari perkhemahan, para Pengakap telah diuji dalam pelbagai kemahiran termasuk kemahiran simpulan dan ikatan, kemahiran berkawad kaki dan tongkat, kemahiran pertolongan cemas, ikhtiar hidup, pengembaraan, pemetaan dan persembahan pentas. Para Pengakap perlu lulus semua cabaran ini untuk melayakkan anugerah Lencana Usaha. Disamping itu para Pengakap dapat memupuk semangat dan jati diri yang tinggi di dalam perkhemahan ini. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Pengetua SMK Labuan En. Ismail Bin Abdullah merangkap Naib Yang Dipertua Majlis Pengakap Negeri WP Labuan. Turut hadir pada majlis tersebut Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Skip Hong Heng Chee.