Perkhemahan Ujian Lencana Penunggang Basikal dan Ujian Lencana Keris Gangsa 2019.

Perkhemahan Ujian Lencana Penunggang Basikal dan Ujian Lencana Keris Gangsa 2019.

Perkhemahan Ujian Penunggang basikal dan Ujian Lencana Keris Gangsa telah berlangsung di SK Pg Siti Hafsah Karambunai, Kota Kinabalu, Sabah. Peringkat Derah Inanam. Jumlah peserta seramai 60 orang terdiri daripada Pengakap Kanak Kanak dari SK Inama Laut, SK Pg Siti Hafsah, SK Gudon, SK Pangkalan TLDM, SK Gantisan, SK Pulau Sepanggar dan SRI Alhafidz Bandar Sierra. Peserta telah di uji mengikut skim yang telah gubal oleh Pasukan Latihan Persekutuan Pengakap Malaysia. Perkhemahan ini telah berlangsung selama 3 hari bermula pada 5 hingga 7 Julai 2019. Perkhemahan ini telah mendapat kerjasama yang baik daripada pihak sekolah SK Pg Siti Hafsah terutama Guru Besar En. Abd Kadir. Majlis Pengakap Kelana juga memberi perkhidmatan yang cemerlang sepanjang perkhemahan. Dalam bantuan dari segi logistik, keselamatan, kaunter master, kem komander dan kebersihan. Kesemua peserta telah lulus dalam ujian Lencana penunggang basikal dan Ujian Lencana Keris Gangsa. Syabas dan tahniah di ucapkan.
Started Ended
Number of participants
61
Service hours
1098
Topics
Partnerships
Communications and Scouting Profile

Share via

Share