
Perkhemahan Skim Lencana Pengakap Muda & Remaja
Perkhemahan Skim Lencana Pengakap Muda & Remaja Akademi Pengakap Sarawak siri ke 10 telah diadakan di Sumiran Eco Camp. Seramai 345 peserta terdiri daripada 21 buah sekolah menengah seluruh Sarawak hadir untuk program ini. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pioneering, camping standard, masakan rimba, pengembaraan, wall climbing, malam kebudayaan, taklimat MoP dan sebagainya. Di akhir camp budak akan terima anugerah lencana Usaha / Maju / Jaya dan lencana kemahiran.