Perkhemahan Pra Penarafan Pengakap 2019 daerah Kota dan Tengkera
Saya dan rakan-rakan saya telah memberi bantuan kepada Daerah Kota, Melaka untuk menjayakan Perkhemahan Pra Penarafan Pengakap 2019 daerah Kota dan Tengkera supaya calon pengakap raja 2019 tahu apa yang perlu buat semasa mengambil ujian dalam penarafan pengakap raja 2020.Dalam kem 3 hari 2 malam ini, CPR telah mengalami kem simulasi yang serupa dengan kem penarafan. CPR telah diminta untuk membina kompaun kem sendiri dengan 12 gadget yang serupa dengan kem penarafan. Mereka juga dapat mempelajari dan mengalami keadaan yang serupa dengan kem penarafan. Saya dan rakan-rakan juga memberikan ujian simulasi kepada CPR .