Profile picture for user Lee Way Chin_1
Malaysia

PERKHEMAHAN PERTOLONGAN CEMAS

Pada 12 Julai hingga 14 Julai 2019 , Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Melaka Daerah Kota telah mengadakan satu perkhemahan kursus pertolongan cemas. Kursus ini diadakan di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Yok Bin. Seramai 60 orang peserta pengakap yang terdiri daripada pengakap muda & pengakap remaja telah menyertai perkhemahan kursus pertologan cemas ini. Kursus ini bertujuan untuk melengkapkan para ahli pengakap dengan ilmu dan kemahiran supaya kita sentiasa bersedia untuk menghadapi apa jua kemalangan yang berlaku . Kepten (B) Tee selaku ketua jurulatih juga pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia berasa gembira terhadap prestasi para peserta. Para peserta melapor diri tapat pada pukul 2.00 petang(Jumaat) dan bersurai pada jam 12.00 petang (Ahad ). Perkhemahan ini dijalankan sepanjang 3 Hari 2 malam.  

 

Saya selaku ketua perkhemahan ini telah membuat persiapan sebulan sebelum kursus ini bersama dengan pasukan saya untuk membincang aktiviti yang boleh dijalankan bagi menjayakan perkhemahan ini. Saya juga ingin berterima kasih kepada Pesuruhjaya Daerah Kota, Ir. Lim Keng Boon telah banyak membantu saya untuk mengatasi pelbagai masalah yang saya hadapi . Pihak Jabatan Pelajaran Negeri Melaka memberi sokongan dan surat perlepasan untuk semua ahli pengakap demi menyertai kursus ini. 

 

Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Melaka Daerah Kota juga telah menjemput seorang penceramah yang berpengalaman, Kapten (B) Tee Boon Pat untuk berkongsi pemgalamannya yang sungguh hebat kepada para peserta. Kapten Tee juga memberi tunjuk ajar berdasarkan pengalamannya secara teori dan juga pratikal kepada pengakap yang menyertai perkhemahan tersebut . Para peserta didedahkan kepada teori-teori yang berkenaan pertolongan cemas terlebih dahulu pada hari pertama. Pada hari kedua , Kapten Tee bersama dengan pasukannya juaga membuat demonstrasi terlebih dahulu ajar para peserta dapat memahami dengan jelas . Kapten Tee juga mangajar para peserta posisi ataupun cara yang paling betul dan tepat semasa membuat pertolongan cemas. Teknik-teknik tersebut dapat memberibanyak manfaat kepada mangsa seperti mengurangkan kesakitan dan menyelamatkan nyawa. Kapten Tee juga memberi peluang kepada semua peserta untuk melibatkan diri dalam membuat pertolongan cemas. Namun, satu ujian pula diadakan pada hari ketiga. Para peserta diugi dengan aspek-aspek yang diajar pada hari pertama dan juga kedua. Para peserta juga bertungkus-lumus dan bekerjasama untuk membuat yang terbaik supaya dapat lulus dalam ujian yang diberi.

 

Dalam masa 3 hari 2 malam ini , semua ilmu pengetahuan dan kemahiran disampaikan oleh Kapten Tee Boon Pat dengan penuh dedikasi. Ilmu-ilmu pertolongan cemas yang diajar seperti bantuan pemulihan penafasan (juga dikenali sebagai cardiopulmonay resuscitation ‘CPR’) , pembalut tiga segi pada luka bahagian-bahagian anggota badan ,mengendali mangsa tulang selangkah patah , tindakan/langkah yang bolah dibuat semasa choking dan sebagainya. Bantuan penafasan juga dibahagikan kepada bayi , kanak-kanak dan juga kepada dewasa . Kursus-kursus yang diberi oleh Kapten Tee memang tidak berasa bosan dan baik. Ada peserta yang meminta supaya Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Melaka Daerah Kota dapat kerap membuat perkhemahan/kursus sedemikan supaya ahli-ahli pengakap dapat belajar ilmu-ilmu pengetahuan yang tidak ada dalam buku teks mereka.

 

 Semasa majlis penutupan , Pesuruhjaya Daerah Kota Ir. Lim Keng Boon menyeru semua peserta supaya mengaplikasikan ilmu-ilmu pengetahuan pertolongan cemas yang belajar dalam perkhemahan ini semasa waktu kecemasan . Beliau juga menyeru para peserta untuk berkongsi ilmu pengetahuan yang dibelajari dengan rakan sebayanya supaya lebih ramai orang mempunyai ilmu-ilmu pengetahuan terhadap pertolongan cemas ini . Dengan itu , lebih ramai orang dapat menghulurkan tangan mereka semasa waktu kecemasan. Hal ini akan menjana satu masyarakat yang lebih harmoni , sejahtera dan aman.

 

Namun saya berharap semua peserta yang telah melibatkan diri dalam perkhemahan ini dapat menghulurkan tangan semasa melihat sesuatu kecemasan berlaku. Peserta harus menghulurkan tangannya kepada semua masyarakat tidak mengira bangsa , kaum , agama ,dan budaya. Ingatlah , sebagai seorang pengakap kita harus menbantu orang pada setiap masa. Salam pengakap !

Started Ended
Number of participants
55
Service hours
990
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme

Share via

Share